Pages

Nov 13, 2011

kek karamel yummyyy...

Salam semua, godek-godek folder dalam komputer..terjumpa gambar kek karamel yang dah buat lama. Idea asal dari kak fizah masa kat opis lama..dannnn..kek karamel yang paling takut nak buat..lama jugakla dalam waiting list.hee. Mula-mula, puas jugaklah nak bayangkan macam mana bole ade karamel kat atas kek..kena buat karamel dulu ke? atau asing-asing kek dan karamel pastu baru cantumkan lepas masak? Ok, itu semua salah ye..sangat mudah rupanya..jom cuba jom ^_-!



Bahan-bahan:

(A) Bahagian gula hangus
  • 2 sdb gula *tabur dalam loyang dan masak atas api perlahan hingga bertukar warna perang
(B) Bahagian atas (karamel)
  • 3/4 tin susu cair 
  • 70g gula kastor (bole kurangkan sedikit)
  • 1/2 sdk esen vanilla
  • 3 biji kuning telur
  • 1 sdk tepung kastard
(C) Lapisan kek
  • 140g tepung gandum
  • 70g gula kastor
  • 3 biji kuning telur
  • 135ml air biasa
  • 1sdk baking powder
  • 45ml minyak masak
(D) Merinque
  • 6 biji putih telur
  • 70g gula kastor
  • 1sdk krim of tartar

Cara-cara:
  1. Kacau semua bahan (B) perlahan-lahan, jangan sampai berbuih, nnti tak jadi karamelnye.
  2. Tapiskan (B) ke dalam loyang gula hangus tadi.
  3. Pukul bahan (C)
  4. Pukul bahan (D) sampai jadi kembang dan bila diangkat tak akan jatuh.
  5. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  6. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk di warnakan ikut citarasa.
  7. Masukan kedalam loyang tadi dengan warna berselang seli mengikut kreativiti juga.
  8. Bakar cara double boil - selama 1 jam dengan suhu 160 - 180C
  9. Bila masak angkat dan restkan dalam 10 minit sebelum diterbalikan ke atas pinggan.
  10. Masukan ke dalam peti sejuk 1 jam dan lepas tu makan sejuk2..nyum..sedap!! hehe

~Selamat Mencuba~





16 comments:

Cik Suriz said...

sedapnyeeee. tapi tanak buat nak makan je

Azren Aida said...

cik suriz, sila..sila..try rasa dlu..:D

Zulkarnain Othman said...

klu letak madu lebah tualang kat atasnya msti lg bertambah sedappp...hhuhuh ^_^

MyZone~theUn4given said...

jom cuba...nampak sedap!

Azren Aida said...

zul: klau minat madu (tualang ssh la nak cri la ni) bole je nak letak..:))

myzone: jom..jom! hee~

Zulkarnain Othman said...

bole je ea nk letak..^_^

Azren Aida said...

huhu..sbnarnye karamel tu dh agk manis..klu zul minat nak tmbah madu pun bole..tpi akn jdi extra manis..:))

Elie Lily said...

wow! colourful! cantik! mesti sedap nih! :)

Azren Aida said...

thanks elie..:))

Maizan said...

belum sarapan lagi ni.mintak sikit boleh,tangkap leleh.

Pondok Usang said...

dapnya.. nak oder!

Azren Aida said...

maizan & pondok usang, bole2..hee~

secangkir madu merah said...

wajib cuba ni... sekarang sibuk sikit nanti bila free akak akan buat dan post kat blog dan fesbuk ek.. thanks ayen sayang..

Azren Aida said...

Kak SMM..wajib cuba kak..!! hehe..mmg berbaloi (ayat akk) hee~ u r welcome kak SMM ღღღ~

Pondok Usang said...

lama tak update.. selamat tahun baru dik..

sarah said...

azrennn


lawanyaaa kek...