Pages

Dec 20, 2012

Red velvet cake

Bismillah

Salam Ramadhan, hari yang ke-23..alhamdulillah
Entry kali ni dah lama bertangguh, dek kerana busy@'M'..uhhh
Tapi, serius anda tak akan menyesal kalau cuba buat RVC..punyalah sedap!
Resepi di selongkar dari dapur kak hana..thanks ye kak..:))
Ok, resepinya seperti dibwh..


Bahan-Bahan:
Bahan Kek
  • 250 g tepung kek*
  • 1/2 sdk garam*
  • 15g sdb serbuk koko* (bahan * diayak)
  • 113 g butter
  • 160 g gula kastor - resepi asal 300 g
  • 2 biji telur gred A
  • 1sdk esen vanilla
  • 240 ml buttermilk - jika tiada ikut cara di bawah
  • 2 sm liquid merah
  • 1 sdk cuka
  • 1 sdk soda bikarbonat
  • kacang walnut yang di cincang (3/4 cawan)
Cream Cheese Frosting
  • 227 g cream cheese
  • 115 g gula kastor
  • 360 ml whipping cream - gna non-diary
Cara-cara:
  1. Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10 - 15 minit sehingga susu jadi agak pekat.
  2. Dalam mangkuk, satukan gula dan jug abutter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1 - 2 minit.
  3. Masukan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  4. Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sehingga pewarna tidak berketul-ketul.
  5. Kurangkan kelajuan mixer, masukan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali (tepung, buttermilk, tepung, buttermilk, tepung)
  6. Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.
  7. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30 - 40 minit atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.
  8. Sementara menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan putar sehingga smooth. Masukan pula gula dan juga esen dan terus memukul sehingga smooth lagi. Akhir sekali masukan whipping cream dan pukul sehingga kembang dan fluffy.
  9. Kemudian, bolelah nak hias kek yang dah disejukan terlebih dahulu
  10. Sejukan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda..:))
  11. Potong dan hidangkan.


~Selamat Mencuba~





No comments: