Pages

Aug 14, 2011

Chilled Mango Cheesecake


Hidangan untuk hari minggu lepas punya lepas di hari minggu..
Big brother yg request..siap demand lak tu tak nak yang bakar..(^_-!)
Lagipun stock cream cheese ade dalam peti..buah mangga dari utara ade sebiji lagi..
sukatan yang ni agak nipis dan kurang manis..cuma manis2 buah mangga..


Bahan-bahan
  • 200 gm biskut marrie yang dikisar halus
  • 60 gm butter
  • 1 1/2 sdb gelatin powder (pastikan yang halal ye)
  • 4 sdb air
  • ~300 gm cream cheese (sye gna 250 gm)
  • 125 gm gula kastor (sye gna 90 gm)
  • 125 ml whipping cream (sye gna non-diary whipping cream)
  • 200 gm fresh manggo, pureed



Cara-cara:

  1. Gaulkan biskut marrie dan butter yang telah dicairkan sehingga sebati. Kemudian di letakkan di dasar loyang ciskek (mampatkan sehingga padat agar bila dipotong tidak hancur). Kemudian sejukan di dalam peti dalam 15 minit sementara nak siapkan bahan-bahan filling.
  2. Di dalam bekas lain, masukan serbuk gelatin dan 4sdb air. Kemudian letakan bekas itu di atas air panas (untuk cairkan gelatin).
  3. Pukul creamcheese sehingga smooth, kemudian masukan gula kastor dan dipukul sehingga jadi light dan fluffy (putih dan gebu)
  4. Masukan gelatin yang sudah larut dan manggo puree/fresh manggo. Pukul whipping cream sehingga kembang (sekejap je ye, dalam 4 minit).
  5. Kemudian campurkan creamcheese yang sudah dipukul bersama-sama gelatin+manggo (fresh/puree) dikacau sebati.
  6. Akhir sekali, tuangkan adunan keatas base yang disejukan tadi dan disejukan di dalam peti semalaman.
~Selamat mencuba~




1 comment: