Pages

May 18, 2011

Baked blueberry cheese cake

Ciskek kali ni version ciskek jimatt dan gebu, sebab tak banyak pkai creem cheese. Wajib cuba bagi penggemar ciskek. Cuma kali ni tergatal nak letak pewarna merah sebab tengok kek kak zack buat cantik ade kaler. Tup-tup, ok, salah tengok. alahai.. Ape-ape pun rase ciskek tetap menten..hee~


Di 'touch-up' dengan fresh cream dan blueberry pie filling. Nyum..nyum..
Resipi kali ni di kreditkan kepada kak zack dari kongsi resepi..thanks ye kak..!!



Bahan base biskut:
  • 100g biskut marie, dihancurkan
  • 100g butter, dicairkan (gaul rata biskut+ butter dan tekan-tekan pada dasar loyang sampai padat)
Bahan-bahan untuk cream cheese:
  • 250g crean cheese, suhu bilik
  • 65g whipping cream (sy guna fresh cream)
  • 30g gula castor
  • 3 biji kuning telur Gred A
  • 1/2 st esen vanilla
  • 1/2 st jus lemon
  • 30g gula castor
  • 3 biji putih telur Gred A
  • 1/4 st cream of tartar
  • 200g blueberry filling

Cara-Cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukan pada suhu bilik.
  2. Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama 30g gula, perlahan-lahan masukan whipping cream dan esen vanilla serta jus lemon. Pukul sampai adunan menjadi sebati+smooth+gebu. Guna speed sederhana.
  3. Masukan kuning telur satu per satu dan pukul sebati.
  4. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukan cream of tartar dan baki 30g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku.
  5. Ambil satu senduk meringue dan kaup balikkan ke dalam adunan cream cheese. Ambil lagi sesenduk dua meringue dan kaup balikkan perlahan-lahan dalam adunan cream cheese. Buat dalam 3-4 kali.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut dan hentak loyang sekali atas meja untuk keluarkan buih-buih yang besar.
  7. Balut luar loyang cheesecake dengan aluminium foil 2-3 kali dan bakar secara bain marie/water bath/steam bake untuk 1 jam.
  8. Keluarkan dari oven dan sejukan dalam loyang sebentar sebelum dikeluarkan ciskek dan disimpan dalam peti sejuk. Dah sejuk, maka bolehla nak dihias sesuka hati atau tuangkan blueberry filling di atasnya.
~Selamat Mencuba~



4 comments:

secangkir madu merah said...

amboi amboi.. sedapnya chiskek itu ayen.. rajinnya awak.. bak sikit..

ekane said...

wahhhh..tingin!!!..nanti anta sempena besday ekane thn depn yer.ekekeke

Azren Aida said...

alala kak..dah abis part yg ni..hUhuu..tpi klau kak SMM buat mesti lgi sedap..hee~ (愒o愒)

Azren Aida said...

agagaa..ngidammm yek ekane..?? hahaa..trun ampang dlu k..=p