Pages

Jan 23, 2011

Pantang Larang Chickenpox


Ramai yang kata JANGAN keluar rumah. Cuti keje biar lama siket atas nasihat doktor. Kang berjangkit kang, baru tau! hee..kesian orang-orang lain yang tak bersalah. Kata orang dulu-dulu chickenpox ni ade taboos@pantang larang.


  1. JANGAN 'menggoreng' ketika pesakit dalam rumah. Kata orang tua-tua, macam mana minyak tu panas dan meletup-letup masa menggoreng, macam tulah nanti meletup-letup blister chickenpox tu.Tapi yang ni az derhaka pantang.
  2. JANGAN makan 'kicap' nanti parut pun kaler hitam. Yang ni az ikut. Kang tak lawa tau! haha
  3. JANGAN kene 'hujan'. Sebab nanti bentan. Miang-miang satu badan. Mengereyam extereme jadinya.
  4. JANGAN makan benda bergoreng dan sejuk yang berais kalau masih sakit tekak. Tapi kalau dah rasa ok, makan aje! siap buat smoothies. haha. ngade-ngade betul.
  5. Say NO to 'SEAFOODs'. Kerang, udang, ketam, sotong..ermm nyum nyum! Kalau boleh elakan ye. Kalau ikan, boleh.
  6. MINUM 'airkelapa muda' untuk keluarkan semua blister-blister. Kalau tak keluar semua?? kebarangkalian untuk kene buat kedua kali akan ada.
  7. MANDI kerap-kerap ye. Kalau ade daun 'semambu' ramas-ramas dalam air suam beberapa seketika kemudian mandi. Tapi kalau susah nak cari, pakai dettol pun boleh.
  8. Bila dah nak kering bintil-bintil, buatlah BEDAK dari campuran tepung beras, kunyit dan daun semambu. Ini amat elok untuk hilangkan gatal-gatal serta parut.
  9. JANGAN garu atau kutil bintil-bintil. Kalau gatal tak tahan, sapu bedak sejuk tadi. Kene banyakan bersabar kalau nak cepat sembuh.
  10. Yang paling penting, banyakan berDOA supaya dipercepatkan sembuh dan tabah menempuh dugaan daripadaNya.

    Catatan tambahan:
    Jangan lupa dapatkan rawatan dari doktor berhampiran atau panel secepat yang mungkin dari tanda awal jangkitan. Makanlah ubat-ubat yang doktor bagi ikut masa. Yang penting, lotion 'calamine' tu. Lepas mandi terus sapu. InsyaAllah lega dan tak rasa gatal-gatal sangat. Minum air lebih-lebih!. Selamat mencuba kepada sesiapa yang terjangkit dari mana-mana. (^_-!)

    3 comments:

    aleen aiden said...

    siannye kamoo kene cikenpox eyh?ikot pantang larang ye.smoga cepat sembuh! ^_*

    Azren Aida said...

    time kasih..alhamdulillahhh dah sembuh..hee..=D

    Anonymous said...

    Theгe's not an exact recipe. Just thinly slice lemons within your glass jar till complete, loosely packed. Should you use a 1/2 pint jar, like proven, I might use 1 of ginger sliced, or when you make use of a full pint I would use 2 sliced. Then, just fill with uncooked community honey and set inside the fridge. You could alter the ginger based upon how properly you tackle the heat. Hope this helps.

    Here is my web site: just click the up coming website