Pages

Dec 9, 2010

Carrot Walnut Cake


Salam semua..carrot cake ini sangat sedap dan mudah..kene cuba la kalau nak rase ye..(^_-!)
jom layan resepi kat bawah..sumber asal dari sifu suria..


Bahan-bahan:
  • 4 biji telur ~ asingkan putih & kuningnya
  • 1 1/2 cawan minyak sayur atau minyak jagung
  • 130g gula kaster
  • 150g gula perang
  • 1 1/2 cawan lobak merah diparut (jangan diperah airnya)

    Bahan-bahan yang perlu diayak:
    • 250g tepung gandum
    • 1 sdk baking soda
    • 1 sdk garam
    • 1 sdk baking powder
    100 g walnut dicincang (saya bakar dulu dalam oven sebelum dicincang)


    Cara-cara:
    • Pukulkan kuning telur sampai kembang sikit
    • Kemudian masukan minyak, gula kaster & gula perang, serta lobak merah yang diparut tadi
    • Masukan walnut kacau sebati
    • Kemudian masukan bahan-bahan yang di ayak tadi kacau sebati
    • Pukul putih telur di mangkuk lain dengan mixer hingga soft peak (kembang)
    • Masukan putih telur ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan, kacau perlahan-lahan, satu arah sahaja dengan menggunakan senduk kayu, tak sebati sangat pun tak apa asalkan tak terlebih kacau.
    • Bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit atau hingga masak.

      Frosting:
      • 120g butter
      • 250g cream cheese
      • 120g gula aising

        Cara-cara:
        • Pukul kesemua bahan sehingga kembang dan ringan. Sapukan ke atas kek yang telah disejukan.
        ~Selamat Mencuba~


        6 comments:

        secangkir madu merah said...

        wah sejak menjak ni, blog ni dah berubah jadik blog masak memasak lak...best ar..

        azaias said...

        hehee..selingan je tu kak bile tak ade idea nak tulis ape kat blog..thanks kak SMM sbb slalu singgah sni..=DD

        ekane said...

        sedapnyee..leh bukak kedai kek la pasni..buka satu branch kt ipoh yer.hahahaa

        azaias said...

        hahaa..ipoh?? kne pikir 10x ni..=pp
        thanks to ekane jgk sbb slalu singgah sni..=DD

        ekane said...

        singgah ader makna tu(tmbh entry psal makanan)hehehehe

        azaias said...

        haaa..?? hahaa..(bt2 xphm..)..lalala..=pp
        ipoh jauh..mehla trun ampang..dkt sket nk pass2..hehee