Pages

Oct 21, 2010

Kek Lapis asam manis (1st trial)

Salam semua..jommm isi masa buat kek lapis..tak pernah cuba buat sebelum ni..tapi pernah tengok Kak Ja (di Gippsland) buat..jadinya dapatla nak agak2 n bayangkan procedure melapis..sebenarnya tak susah pun cuma perlu ada kesabaran yang tinggi masa melapis..resepi didtangkan khas dri gippy..thanks kak ja..!! ade derhaka resepi sikit..minta ampunnn..=p


Rasa kek lapis ni sedang2 elok manisnya..tapi bagi sesiapa yang tak berapa gemar manis bolehla kurangkan sukatan susu pekat..jom salin resipi kat bawah:



Bahan-Bahan:
  • 300gm mentega golden churn
  • 200gm gula icing
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 50 gm horlick
  • 165gm tepung Hong Kong
  • 26 biji kuning telur
  • 1 sudu besar ovelette
  • Kepingan Asam Manis
  • 1 sudu kecil pewarna kuning
  • 1 sudu kecil pewarna merah
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
Cara-Cara:
  1. Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang
  2. Di dlam bekas yang lain, pukul telur sehingga kembang (campurkan sedikit gula halus)
  3. Campurkan adunan mentega dan telur, pukul hingga sebati
  4. Masukkan susu pekat, horlicks, dan tepung. Pukul hingga sebati
  5. Bahagikan kepada tiga adunan. Setiap adunan satu warna (merah, kuning dan hijau)
  6. Tuang 2 senduk adunan kuning ke dalam loyang 9" x 9" yang telas dialas kertas dan digris. Bakar sehingga lapisan atas kuning ini keperangan sehingga masak (guna ketuhar api atas: 180 - 200 darjah).
  7. Teruskan melapis dengan warna yang lain (berselang-seli atau bergantung kepada citarasa masing2).
  8. Jika terdapat lapisan tadi menggelembung, cucukan dengan lidi agar ianya rata semula.
Selamat mencuba..!!

2 comments:

ekane said...

sedapnyaaa.bila nk pos ke IPohhhhhh????

Azren Aida said...

nyum..nyumm..org ipoh yg kne trun ampanggg..!! =pp