Pages

May 27, 2011

Butter cake with strawberry



Bismillah..
Alhamdulillahhh..dpat merasa hari jumaat sekali lagi..
untuk hari ni, nak share resepi butter cake with strawberry yang yummy..


Resepi butter cake dikreditkan kepada kak Nora (myresipi.com)

Bahan-Bahan:
  • 200g butter (pada suhu bilik)
  • 200g tepung gandum
  • 150g gula kastor
  • 4 biji telur gred A (pada suhu bilik)
  • 1 sdk baking powder
  • 1 sdk esen vanilla
  • 3sdb susu pekat
Cara-cara:
  1. Pukul butter dan gula sampai kembang
  2. Masukan telur satu persatu dan pukul lagi
  3. Masukan esen vanilla, susu pekat & tepung gandum yang telah diayak dengan baking powder & pukul hingga sebati
  4. Tuang adunan kedalam loyang yang telah digriskan dengan butter & bakar dalam oven yang sudah dipanaslan terlebih dahulu pada suhu 150C selama 1 jam 20 minit.
Kemudian di hiaskan dengan fresh cream+strawberry pie+fresh strawberry

~Selamat Mencuba~


May 24, 2011

Buah Nam Nam @ Katak Puru




Dimulakan cerita, jalan-jalan di KR, ade akak ni letak gambar buah katak puru. Ok musykil. Disebabkan first time tengok dan menarik. Manfaat jalur tak berapa lebar digunakan. Aktiviti googgling dimulakan. Rasa-rasalah, macam mana nak makan buah ni? hurmmm..

Buah ni kalau cecah orang cakap sedap. Sebab rasanya yang lemak-lemak masam. Yang manis pun ade. Isinya agak rapuh bila buah masak. Biji tak boleh makan ye. Makan kulit dan isinya sahaja. Tidak bermusim dan bertukar dari hijau ke kuning bile sudah masak.



Yang uniknya, jangan cari buah ni di celah-celah daun yang merimbun. Memang seharian cari tak jumpa nanti. Nak cari, kene cari di batangnya. Kadang-kadang di pangkal pokok dan akarnya pun ade. Unik kan? mudah di dapati di negeri utara eg. PERAK dan pantai timur . Ehem.

*Gambar-gambar diatas adalah ihsan dari google. Arigato gozaimasu! 

May 18, 2011

Baked blueberry cheese cake

Ciskek kali ni version ciskek jimatt dan gebu, sebab tak banyak pkai creem cheese. Wajib cuba bagi penggemar ciskek. Cuma kali ni tergatal nak letak pewarna merah sebab tengok kek kak zack buat cantik ade kaler. Tup-tup, ok, salah tengok. alahai.. Ape-ape pun rase ciskek tetap menten..hee~


Di 'touch-up' dengan fresh cream dan blueberry pie filling. Nyum..nyum..
Resipi kali ni di kreditkan kepada kak zack dari kongsi resepi..thanks ye kak..!!



Bahan base biskut:
  • 100g biskut marie, dihancurkan
  • 100g butter, dicairkan (gaul rata biskut+ butter dan tekan-tekan pada dasar loyang sampai padat)
Bahan-bahan untuk cream cheese:
  • 250g crean cheese, suhu bilik
  • 65g whipping cream (sy guna fresh cream)
  • 30g gula castor
  • 3 biji kuning telur Gred A
  • 1/2 st esen vanilla
  • 1/2 st jus lemon
  • 30g gula castor
  • 3 biji putih telur Gred A
  • 1/4 st cream of tartar
  • 200g blueberry filling

Cara-Cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukan pada suhu bilik.
  2. Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama 30g gula, perlahan-lahan masukan whipping cream dan esen vanilla serta jus lemon. Pukul sampai adunan menjadi sebati+smooth+gebu. Guna speed sederhana.
  3. Masukan kuning telur satu per satu dan pukul sebati.
  4. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukan cream of tartar dan baki 30g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku.
  5. Ambil satu senduk meringue dan kaup balikkan ke dalam adunan cream cheese. Ambil lagi sesenduk dua meringue dan kaup balikkan perlahan-lahan dalam adunan cream cheese. Buat dalam 3-4 kali.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut dan hentak loyang sekali atas meja untuk keluarkan buih-buih yang besar.
  7. Balut luar loyang cheesecake dengan aluminium foil 2-3 kali dan bakar secara bain marie/water bath/steam bake untuk 1 jam.
  8. Keluarkan dari oven dan sejukan dalam loyang sebentar sebelum dikeluarkan ciskek dan disimpan dalam peti sejuk. Dah sejuk, maka bolehla nak dihias sesuka hati atau tuangkan blueberry filling di atasnya.
~Selamat Mencuba~