Pages

Mar 29, 2011

aircond kereta berbau ??



Sejuk ok. Kipas pun ok. Tapiii..bau la..huhu..bila turn on je bau semerbak seperti hapak+masam+kepam. Tapi permulaan jerla dalam seminit dua macam tu. Uwaa..still merana dek bau semerbak yang tidak tahu ape puncanya. Dah hampir 2 bulan jugakla merana. Dulu dah try pegi tanya kat servis perodua bangi. Orang kat situ tak kasi servis sebab mileage tak cukup limit. Pastu, try la pegi denso kat hentian kajang. Orang tu suruh buat experiment. Mula-mula agak musykil la jugak dengan arahan yang diberi. Pewangi kereta??..tapi, rasanya memang betul untuk kes-kes berkecuali.

Hipotesis experiment: Bau-bau tak kiralah wangi ke busuk, boleh menyebabkan aircond kereta berbau.

Experiment 1 (Menghilangkan bau)
Keluarkan alas kaki getah + pewangi-pewangi + benda yang boleh menghasilkan bau keluar dari kereta. Pastu letakan daun pandan 10 helai di bawah setiap seat depan. Jemurkan kereta anda di bawah terik matahari selama beberapa jam dan diulangi jika lapang sekerap yang boleh sambil membuka semua pintu ataupun tingkap. Periksa kereta anda selepas seminggu dua.

Kesimpulan: Aircond kereta tidak berbau lagi. Hanya bau daun pandan sahaja yang dapat dikesan.
Lpas try buat experiment, Alhamdulillah hilang bau. Pastu ingatkan bolehla nak letak pewangi balik. Sembur fabreze banyak-banyak dengan harapan bau kereta akan kembali normal. Keesokan paginya, dengan perasaan tak sabar-sebar nak turn on aircond….zuppp..!! bau itu datang kembali. Lagi dasyat..!! huhuu


Skrang?? Pasrah jerla.

Mar 16, 2011

Chilled oreo cheesecake



Sumber: Smile (FRD)

Bahan-Bahan
  • 200 gm Oreo (buangkan krimnya)-hancurkan
  • 60 gm mentega (dicairkan)
  • 1 biji lemon (diambil jusnya) -mungkin boleh dikurangkan
  • 500 gm krim keju (creamcheese)
  • 65 gm mentega (pada suhu bilik)
  • 100 gm gula halus
  • 2 sudu besar gelatine
  • 300 ml whipping cream
  • 100 gm biskut Oreo - dipotong 4

    Cara-cara
    1. Gaulkan 60gm butter bersama 200gm biskut Oreo tadi dan bubuh ke dalam loyang kek keju (bulat) lalu tekan hingga mampat. Masukkan ke dalam peti sejuk.
    2. Pukul whip cream sehingga pekat dan ketepikan.
    3. Pukul krim keju bersama 65gm butter dan gula sehingga kembang dan putih.
    4. Campurkan jus lemon dgn gelatine dan panaskan dlm microwave oven lalu kacau hingga gelatine larut.
    5. Masukkan whip cream ke dalam mixture krim keju tadi (3) dan bubuh gelatine dan biskut Oreo. Gaul sehingga rata.
    6. Sejukkan dalam peti sejuk selama 4-5 jam.

      ...::SELAMAT MENCUBA::..