Pages

Dec 9, 2010

Carrot Walnut Cake


Salam semua..carrot cake ini sangat sedap dan mudah..kene cuba la kalau nak rase ye..(^_-!)
jom layan resepi kat bawah..sumber asal dari sifu suria..


Bahan-bahan:
  • 4 biji telur ~ asingkan putih & kuningnya
  • 1 1/2 cawan minyak sayur atau minyak jagung
  • 130g gula kaster
  • 150g gula perang
  • 1 1/2 cawan lobak merah diparut (jangan diperah airnya)

    Bahan-bahan yang perlu diayak:
    • 250g tepung gandum
    • 1 sdk baking soda
    • 1 sdk garam
    • 1 sdk baking powder
    100 g walnut dicincang (saya bakar dulu dalam oven sebelum dicincang)


    Cara-cara:
    • Pukulkan kuning telur sampai kembang sikit
    • Kemudian masukan minyak, gula kaster & gula perang, serta lobak merah yang diparut tadi
    • Masukan walnut kacau sebati
    • Kemudian masukan bahan-bahan yang di ayak tadi kacau sebati
    • Pukul putih telur di mangkuk lain dengan mixer hingga soft peak (kembang)
    • Masukan putih telur ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan, kacau perlahan-lahan, satu arah sahaja dengan menggunakan senduk kayu, tak sebati sangat pun tak apa asalkan tak terlebih kacau.
    • Bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit atau hingga masak.

      Frosting:
      • 120g butter
      • 250g cream cheese
      • 120g gula aising

        Cara-cara:
        • Pukul kesemua bahan sehingga kembang dan ringan. Sapukan ke atas kek yang telah disejukan.
        ~Selamat Mencuba~