Pages

Dec 9, 2010

Carrot Walnut Cake


Salam semua..carrot cake ini sangat sedap dan mudah..kene cuba la kalau nak rase ye..(^_-!)
jom layan resepi kat bawah..sumber asal dari sifu suria..


Bahan-bahan:
  • 4 biji telur ~ asingkan putih & kuningnya
  • 1 1/2 cawan minyak sayur atau minyak jagung
  • 130g gula kaster
  • 150g gula perang
  • 1 1/2 cawan lobak merah diparut (jangan diperah airnya)

    Bahan-bahan yang perlu diayak:
    • 250g tepung gandum
    • 1 sdk baking soda
    • 1 sdk garam
    • 1 sdk baking powder
    100 g walnut dicincang (saya bakar dulu dalam oven sebelum dicincang)


    Cara-cara:
    • Pukulkan kuning telur sampai kembang sikit
    • Kemudian masukan minyak, gula kaster & gula perang, serta lobak merah yang diparut tadi
    • Masukan walnut kacau sebati
    • Kemudian masukan bahan-bahan yang di ayak tadi kacau sebati
    • Pukul putih telur di mangkuk lain dengan mixer hingga soft peak (kembang)
    • Masukan putih telur ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan, kacau perlahan-lahan, satu arah sahaja dengan menggunakan senduk kayu, tak sebati sangat pun tak apa asalkan tak terlebih kacau.
    • Bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit atau hingga masak.

      Frosting:
      • 120g butter
      • 250g cream cheese
      • 120g gula aising

        Cara-cara:
        • Pukul kesemua bahan sehingga kembang dan ringan. Sapukan ke atas kek yang telah disejukan.
        ~Selamat Mencuba~


        Oct 21, 2010

        Kek Lapis asam manis (1st trial)

        Salam semua..jommm isi masa buat kek lapis..tak pernah cuba buat sebelum ni..tapi pernah tengok Kak Ja (di Gippsland) buat..jadinya dapatla nak agak2 n bayangkan procedure melapis..sebenarnya tak susah pun cuma perlu ada kesabaran yang tinggi masa melapis..resepi didtangkan khas dri gippy..thanks kak ja..!! ade derhaka resepi sikit..minta ampunnn..=p


        Rasa kek lapis ni sedang2 elok manisnya..tapi bagi sesiapa yang tak berapa gemar manis bolehla kurangkan sukatan susu pekat..jom salin resipi kat bawah:



        Bahan-Bahan:
        • 300gm mentega golden churn
        • 200gm gula icing
        • 1 sudu besar susu pekat
        • 50 gm horlick
        • 165gm tepung Hong Kong
        • 26 biji kuning telur
        • 1 sudu besar ovelette
        • Kepingan Asam Manis
        • 1 sudu kecil pewarna kuning
        • 1 sudu kecil pewarna merah
        • 1 sudu kecil pewarna hijau
        Cara-Cara:
        1. Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang
        2. Di dlam bekas yang lain, pukul telur sehingga kembang (campurkan sedikit gula halus)
        3. Campurkan adunan mentega dan telur, pukul hingga sebati
        4. Masukkan susu pekat, horlicks, dan tepung. Pukul hingga sebati
        5. Bahagikan kepada tiga adunan. Setiap adunan satu warna (merah, kuning dan hijau)
        6. Tuang 2 senduk adunan kuning ke dalam loyang 9" x 9" yang telas dialas kertas dan digris. Bakar sehingga lapisan atas kuning ini keperangan sehingga masak (guna ketuhar api atas: 180 - 200 darjah).
        7. Teruskan melapis dengan warna yang lain (berselang-seli atau bergantung kepada citarasa masing2).
        8. Jika terdapat lapisan tadi menggelembung, cucukan dengan lidi agar ianya rata semula.
        Selamat mencuba..!!

        Kek batik (biskut marrie)


        Yezzaaa..kek batik kegemaran..
        Senang nak buat..bagi sesiapa yang minat coklat..wajiblah cuba
        yang ni version crunchy n lemak2 manis..nyum..
        resepi?? jom scroll down k..=))

        Bahan-bahan:
        • 1 paket besar biskut marrie
        • 1 tin susu pekat (sederhana besar)
        • 1 ketul salted butter (yg besar mcm jongkng emas tu..az lpa bpe gram..ehehe)
        • 100 ml creamer (klu nak letak air/susu pun bole)
        • milo (dlm 4 cwan) - bergantung pda kesukaan coklat =))
        • kacang (az pakai walnut)
        Cara-cara:
        • mula2 patah2kan biskut marrie dan letak ketepi
        • panaskan periuk yg sederhana besar dgn api kecil, pastu cairkan butter n msukan susu pekat dan creamer..gaul sehingga sebati..
        • kemudian msukan serbuk milo hingga rse dah ubah warna ke coklat pekat..(boleh dilaras mengikut selera msing2)
        • kacau smua2 tu atas api yg kecil hingga sebati (dlam 4 minit mcm tu smpai dah tak berketul2 milo tdi)
        • pastu dah sebati, bolehla msukan biskut marrie ngan kacang..
        • gaul hingga sebati dan kemudian bolehla msukan dlam bekas..
        • tekan2 sikit smpai padat..dan ratakan..
        • kmudian sejukan..dah siappp..
        ~selamat mencuba~